Rabu, 16 April 2014

Cara Solat Sunat Hajat ..

Solat sunat
Cara Solat Sunat Hajat

Solat sunat Hajat ialah solat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu keburukan.

Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.    (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.

Apakah sebenar tujuan kita menunaikan solat hajat.

Tujuannya ialah :
  • Untuk mendekatkan diri kepada Allah
  • Untuk memohan hajat untuk diri atau orang lain
  • Mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
  • Mengakui kelemah diri

CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT 

1. Lafaz niat solat sunat hajat ialah :

solat sunat hajat
Maksud: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala

2. Pada rakaat pertama baca doa iftitah, surah al-fatihah kemudian baca surah Al-kafirun atau Ayat Al-Kursi (sebanyak 1 kali atau 11 kali).

3. Pada rakaat kedua surah al-fatihah kemudian baca surah Al-ikhlas  (sebanyak 1 kali atau 11 kali).

4.  Sebaik sahaja selesai solat (selepas memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini sebanyak 41 kali


Tasbih Hajat
"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN"

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

5. Selepas membaca tasbih tersebut anda berdoalah untuk memohon hajat (masih dalam keadaan sujud)

HAJAT YANG SESUAI DIPOHON
  • Mendapatkan kebaikan di dunia seperti cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
  • Mendapat kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
  • Menjauhi keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
  • Menjauhi keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya.


Selasa, 15 April 2014

Cara Solat Sunat Tahajjud ..

Di segi bahasa solat sunat tahajjud ialah meninggalkan tidur.
Di segi syarak pula ialah sembahyang sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam.

Dalil solat sunat tahajjud
  • Firman Allah taala dalam surah al-Isra':79
  • Sabda rasulullah
sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam. (riwayat Muslim)
WAKTU MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD
  • Dilakukan selepas solat Isyak sehingga terbit fajar, tetapi waktu afdal ialah 1/3 malam yang terakhir.

CARA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJUD  

1. Niat Lafaz niat ialah

أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala.

2. Sekurang-kurangnya 2 rakaat satu malam atau beberapa rakaat mengikut kemampuan sama ada bersendirian atau berjemaah.

3. Pada rakaat Pertama Baca:
 Al-fatihah & Al-Kafirun atau mana-mana surah. 

4. Pada rakaat kedua baca:
 Al-Fatihah dan Al-ikhlas atau mana-mana surah 

5. Membaca doa tahajjud selepas salam

Tahajud
Doa selepas solat sunat tahajud

HIKMAH / KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD
  • Mendapat pengawasan dan peliharaan Allah
  • Mudah melalui hisab dan titian sirat
  • Menerima buku catatan dengan tangan kanan
  • Allah mudahkan urusan hidup
  • Berwajah berseri-seri ketika di padang mahsyar
  • Doa dimakbulkan


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

           NOTE TO MYSELF TO ALWAYS DO THIS 

              I AM GLAD IF YOU THINK THIS BENEFITS TO YOU .

              SHARING IS CARING SO WHY SHOULD NOT I SHARING WITH YOU.

THANK YOU.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Isnin, 14 April 2014

Puisi Muslimah ..



Muslimah itu ,


terkadang gelak kuat tak henti , 
terkadang juga minum berdiri , 
terkadang sebelum tidur trlupa baca doa & ayat kursi ,
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri ,
terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari . 



Muslimah itu ,


terkadang gembira sampai trlompat terkinja smbil trsenyum tayang gigi ,

terkadang menitis air matanya laju tak terperi ,

terkadang rasa lemah smpai tak mampu nk bangun2 lagi ,

terkadang rasa marah menguasai diri ,
sampai rasa nk lempang org tu laju2 without mercy .



Muslimah itu ,



adalah manusia biasa ,

yg tak lari dari segala perasaan sebagai manusia ,

yg tak lari dari segala mcm ujian dan pancaroba ,

yg tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya ,
yg tak lari dari buat khilaf dan dosa .


Kerana apa ?


Kerana dia juga manusia biasa . 

Apa2 pun , yg pastinya ,
muslimah itu sentiasa bangkit bila trjatuh , 
sentiasa cuba gembirakan hati org lain walau hatinya sendiri remuk ,
sentiasa cuba nk improve diri ,
dari semasa ke semasa tnpa henti , 
walau terkadang dia trsungkur , 
itu bkn kerana dia lemah ,


tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula ,

jadi kuat dari sebelumnya , 

kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia , 

dan juga di akhirat sana ,

InsyaAllah.





Sabtu, 12 April 2014

Baca jangan tak baca :D

6 pesan Imam Al-Ghazali : 



■ Apabila berjumpa kanak kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak kanak belum dibeban dosa .

■ Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka telah beribadah lebih lama daripada kita.

■ Apabila berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya

■ Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

■ Apabila berjumpa orang jahat, janganlah anggap kita mulia. tetapi katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

■ Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia kafir selamanya.